refresh
Loading System...
UDOKU
LUMOKU

UDOKU Settings

X: 0mm
Y: 0mm

UDOKU PREVIEW
Nama Ubat:
Arahan:
Indikasi:

LUMOKU Settings

X: 0mm
Y: 0mm

LUMOKU PREVIEW
Sila imbas untuk
video dan audio cara
pengambilan ubat
QR
Preview
verified PERKHIDMATAN FARMASI KKM

Program Santuni OKU:
Kenali Ubat Anda

Memastikan golongan OKU turut mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang inklusif, berkualiti dan selamat serta maklumat ubat-ubatan yang sahih dan mudah difahami.

Program ini komited untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelbagai golongan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly bin Ahmad, di Putrajaya pada 25 September 2025.

Inisiatif Utama: Label Ubat Mesra OKU

blind

LUMOKU 1.0

Label dilengkapi dengan tulisan Braille untuk menerangkan arahan pengambilan dan indikasi ubat. Diperkenalkan khusus bagi golongan OKU Penglihatan sejak Januari 2023.

qr_code_scanner

LUMOKU 2.0

Penggabungan kod QR memaparkan video cara pengambilan ubat (Bahasa Isyarat Malaysia & audio) untuk manfaat OKU Penglihatan dan Pendengaran.

text_increase

Label Versi Accessible

Pendispensan ubat minum dalam pek unit dos (UDOKU). Elemen kebolehbacaan tinggi dengan susun atur mesra pembaca skrin (Seeing AI, Eye-D Pro, Text to Speech).

Inisiatif Lain di Bawah Program Ini

  1. Kajian Kenali Ubat Anda: Quality Use of Medicines Among Visually Impaired Population
  2. Penambahbaikan perkhidmatan pendispensan ubat untuk golongan OKU
    1. Latihan asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada kakitangan farmasi
    2. Pendispensan ubat minum dalam pek unit dos (UDOKU)
  3. Lantikan Duta Kenali Ubat Anda (KUA) dalam kalangan OKU
  4. Penambahbaikan Guide to Good Dispensing Practice KKM
  5. Penambahbaikan akses maklumat ubat untuk OKU
    1. Media sosial Kenali Ubat Anda
    2. Pusat Maklumat Ubat untuk Orang Pekak (DIDCOM)
    3. Laman web MyDIDCOM