Memastikan golongan OKU turut mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang inklusif, berkualiti dan selamat serta maklumat ubat-ubatan yang sahih dan mudah difahami.
Program ini komited untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelbagai golongan termasuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly bin Ahmad, di Putrajaya pada 25 September 2025.
Label dilengkapi dengan tulisan Braille untuk menerangkan arahan pengambilan dan indikasi ubat. Diperkenalkan khusus bagi golongan OKU Penglihatan sejak Januari 2023.
Penggabungan kod QR memaparkan video cara pengambilan ubat (Bahasa Isyarat Malaysia & audio) untuk manfaat OKU Penglihatan dan Pendengaran.
Pendispensan ubat minum dalam pek unit dos (UDOKU). Elemen kebolehbacaan tinggi dengan susun atur mesra pembaca skrin (Seeing AI, Eye-D Pro, Text to Speech).